3 Model Kereta Baru Proton 2016 - Proton merupakan pengeluar dan pencetus kereta tempatan pertama di negara kita, pelbagai perkara rintangan dan cabaran telah dilalui Proton dalam memberikan hasil yang terbaik untuk pelanggannya. Proton kini kembali mengahadapi cabaran dalam dunia automotif. Semakin menurun tahap jualan dan sudah menduduki kedudukan ke empat deretan jualan kereta di Malaysia. Hal ini kerana semakin tingginya saingan dari Toyota dan Honda.
![]() |
Saga Baru Model Proton 2016 |
Dari pengalaman beberapa tahun terakhir, pelbagai model kereta Proton yang telah beredar seperti Preve, Inspira, Suprima S dan kereta proton terbaru iriz masih kurang diminati oleh masyarakat kita. Proton telah bertekat dan segera bertindak sebelum terlambat. Tahun 2016 hingga 2017 akan menjadi penentu untuk kelangsungan pengeluar kereta Proton.
Harga Proton 2016 dan Model Baru
Tahun 2016 ini, Proton benar-benar serius dalam mencipta model kereta terbaru. Proton merancang akan mengeluarkan 3 varian model kereta terbaru yang direkayasa sepenuhnya untuk dapat menggantikan beberapa model kereta proton yang telah ada. Varian baru kereta Proton tahun 2016 iaitu Persona, Perdana dan Saga.![]() |
Model Baru Kereta Proton 2016 |
Proton melangkah lebih maju dan berfikir bijak dalam menghadapi ganasnya persaingan pasaran kereta di Malaysia. Tahun ini Proton telah menjalin kerjasa dengan Suzuki untuk mempersembahkan Model Kereta Proton 2016 Terbaru yang mampu bersaing dengan kereta lain. Kolaborasi antara Suzuki dan Proton telah melahirkan jenis kereta (rebadge) yang bersaiz kecil dan unik, diyakini bakal menyaingi model kereta Picanto, i10 dan Axia. Tetapi belum dipastikan Proton baru ini akan mengikuti reka bentuk kereta Suzuki yang mana. Menurut khabar angin hasil kerjasama dua pengeluar kereta ini akan memuai hasil mulai bulan Ogos 2016.
Baca juga 8 Gambar New Proton Saga Baru 2016
Proton nampaknya sangat serius dalam menyaingi Perodua dan terus berusaha boleh bertahan di segmen A. Kerana jangkauan pasaran dalam segmen ini begitu luas dan menjanjikan.
Beralih ke segmen seterusnya, Proton bertekad penuh menghasilkan Model iriz baru dan Persona Baru 2016. Kedua jenis kereta Proton terbaru ini diperuntukkan untuk kelas kereta yang setara dengan model Almera, Vios, Jazz, Myvi dan City. Dengan adanya penyusunan semula ini boleh dikatakan Generasi Terbaru Proton Persona 2016 ini akan mengguna pakai platform sama milik Proton iriz. Pelbagai komponen yang ada pada iriz akan banyak dibagi pada Persona 2016.
![]() |
Model Proton Saga Baru 2016 |
Plan yang selanjutnya, Proton mencanangkan reka bentuk baru kereta Preve dan Suprima S. Kedua kereta baru ini diperuntukkan untuk dapat bersaing di kelas model kereta Elantra, Altis, Ford Focus dan Civic.
![]() |
Model Proton Perdana Baru 2016 |
Harga mahal namun...dari segi pemasangan,keterampilan dan ketahanan adalah jauh ketinggalan dibandingkan dengan Honda, Toyota, Elantra dll
BalasPadam